fb fb fb fb fb

Pemimpin G7 bimbang ekonomi global terjejas

Foto AFP

QUEBEC, 17 Jun - Pemimpin dunia yang menghadiri sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Kanada mendesak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menghentikan perang perdagangan yang menjadi dasar pentadbirannya ketika ini.

Mereka turut menggesa agar pertikaian berkaitan tarif dihentikan sambil menyatakan kebimbangan bahawa konflik tersebut bukan sahaja melemahkan ekonomi G7, malah berpotensi menguntungkan China, sambil memberi amaran bahawa tindakan tersebut berisiko menjejaskan kestabilan ekonomi global secara keseluruhannya.

Kebanyakan negara G7 kini sudah pun dikenakan tarif asas sebanyak 10% oleh Trump, dengan negara Eropah dan Jepun turut dikenakan cukai tambahan terhadap kereta, keluli dan aluminium.

Walaupun Kanada selaku tuan rumah cuba mengelakkan sebarang provokasi terhadap Trump dan menumpukan perbincangan terhadap krisis di Asia Barat, isu tarif tetap menjadi fokus dan sukar dielakkan setiap kali pertemuan bersama Trump. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN