BEIJING, 17 Jun - Kedutaan China di Israel menggesa semua rakyatnya yang berada di sana agar segera keluar.
Ini susulan serangan balas oleh Iran sejak Jumaat lalu.
Menerusi satu kenyataan rasmi di laman WeChat kedutaan, warganegara China dinasihatkan untuk keluar menggunakan jalan darat dengan laluan melalui negara Jordan dilihat sebagai pilihan terbaik dan selamat ketika ini.
“Infrastruktur awam telah banyak rosak, jumlah korban awam semakin meningkat, dan keadaan keselamatan terus memburuk,” menurut kenyataan itu lagi.
Ketegangan yang semakin memuncak kebelakangan ini, langsung tidak menunjukkan tanpa-tanpa akan berakhir dalam masa terdekat.
Tambahan pula selepas Presiden Donald Trump seakan membenarkan rancangan Israel untuk menyerang Iran selepas turut meminta ibu negara Iran, Tehran dikosongkan.
Israel melancarkan serangan udara mengejut ke atas beberapa sasaran di Iran minggu lalu, atas dakwaan bagi menyekat Iran menggunakan senjata nuklearnya.
Bagaimanapun ia dinafikan Iran namun tidak diendahkan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat. - AFP