fb fb fb fb fb

Peningkatan aktiviti ketenteraan 'malapetaka' bagi Gaza- UNHCR

(Foto AFP)

TOKYO, 20 Oktober- Peningkatan aktiviti ketenteraan di Semenanjung Gaza akan menjadi "malapetaka" bagi penduduk di Gaza.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian (UNHCR), Filippo Grandi menegaskan bahawa UNHCR tidak mempunyai mandat rasmi di Wilayah Palestin atau Israel.

Beliau turut berkongsi kebimbangan dan kesedihan bersama rakan seangkatan termasuk Setiausaha Agung PBB mengenai konflik itu.

rtm
(Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian (UNHCR), Filippo Grandi/AFP)

"(Saya) boleh memberitahu anda dengan pasti bahawa sebarang peningkatan atau kesinambungan aktiviti ketenteraan hanya akan menjadi malapetaka bagi penduduk Gaza," katanya kepada pemberita di Jepun.

Beliau juga menyifatkan konflik tersebut sebagai "mengerikan" dan akibatnya konflik itu merebak ke Lubnan dan tempat lain.

Bantuan antarabangsa semakin banyak berhampiran Gaza. Rakyat Palestin sangat memerlukan makanan dan air.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 3,700 rakyat Palestin, terutamanya orang awam, terkorban di seluruh Semenanjung Gaza dalam pengeboman tanpa henti Israel sebagai membalas dendam terhadap Hamas.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkata lebih satu juta daripada 2.4 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal dan krisis kemanusiaan semakin buruk hari demi hari.-AFP

Media Baharu