fb fb fb fb fb

Bintang Hollywood gesa gencatan senjata di Timur Tengah

(FOTO AFP)

LOS ANGELES, 21 Oktober - Beberapa selebriti ternama Hollywood antaranya Cate Blanchett, Joaquin Phoenix, Ramy Youssef dan Andrew Garfield telah menulis surat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Jumaat menggesa agar gencatan senjata dilakukan susulan konflik antara Israel dan Hamas.

rtm
(Jon Stewart / FOTO REUTERS)

Mereka menyeru agar Biden berusaha untuk mencapai gencatan senjata serta merta sebelum lebih banyak nyawa terkorban.

"Kami menggesa pentadbiran Biden dan semua pemimpin dunia untuk menghormati semua nyawa di Baitulmaqdis dan menyeru gencatan senjata dilakukan dengan segera termasuk menamatkan siri pengeboman di Gaza dan pembebasan tebusan," kata mereka menerusi surat yang dikeluarkan oleh artists4ceasefire.org.

Surat tersebut juga turut ditandatangani oleh Jon Stewart, Susan Sarandon dan Channing Tatum.-AFP

Media Baharu