Washington, 17 Mei – Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan tenaga kerja sebanyak 10 peratus dalam beberapa tahun akan datang.
Ia dimaklumkan Pengerusinya, Jerome Powell, menerusi satu memo dalaman yang turut dikongsikan kepada AFP serta Bloomberg News.
Langkah ini berlaku selepas Presiden AS Donald Trump berusaha untuk mengecilkan saiz kakitangan kerajaan persekutuan secara besar-besaran, yang diterajui oleh Jabatan Kecekapan Kerajaan pimpinan Elon Musk.
Tambah Powell penilaian semula tenaga kerja adalah penting untuk memastikan organisasi terus relevan dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
Sebagai sebahagian daripada pelan ini, Rizab Persekutuan akan memperkenalkan program perletakan jawatan secara sukarela.
Ini bagi memberi ruang pertumbuhan profesional baharu dan menyesuaikan organisasi dengan keperluan semasa. - AFP