fb fb fb fb fb

Mantan Perdana Menteri Chad ditangkap atas tuduhan menghasut, sebar kebencian.

Foto AFP

N'DJAMENA, 17 Mei - Mantan Perdana Menteri Chad yang juga pemimpin pembangkang, Succes Masra, ditangkap atas tuduhan menghasut dan menyebarkan kebencian.

Bagaimanapun perkata tersebut telah dijadikan bahan oleh partinya yang mendakwa Masra diculik, sebelum pendakwa raya Oumar Mahamat Kedelaye mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pemimpin itu telah ditahan.

“Siasatan yang dijalankan oleh polis menunjukkan penglibatan Masra.Mesej telah disebarkan, khususnya di media sosial, yang menghasut penduduk untuk mengangkat bersenjata dan membuat kekacauan,” katanya.

Masra, pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara Afrika itu dari Januari hingga Mei tahun lalu.

Dalam pilihanraya yang lalu, beliau memperoleh 18.5 peratus undi berbanding 61.3 peratus yang dimenangi pesaingnya. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN