fb fb fb fb fb

Pengunjung taman tema 'terbalik' selama 25 minit

FOTO X @starcasm

OREGON, 17 Jun- Seramai 28 pengunjung di sebuah taman tema di Portland dekat sini, Amerika Syarikat berdepan detik cemas apabila tergantung dalam kedudukan terbalik selama lebih 25 minit selepas permainan 'AtmosFEAR' yang dinaiki mereka berhenti secara tiba-tiba.

Oaks Amusement Park memaklumkan 'AtmosFEAR' terhenti pada kedudukan puncak semasa beroperasi dalam tetapan 360 darjah pada Jumaat lalu sekitar pukul 2.55 petang.

"Seorang penunggang (permainan) dibawa ke hospital untuk pernilaian lanjut, manakala penunggang lain dibenarkan pulang selepas diperiksa doktor.

"(Sementara itu), permainan berkenaan ditutup sehingga diberitahu kelak," menurut kenyataan.

Kesemua mangsa dibawa turun dengan selamat oleh bomba secara manual. Operasi tersebut turut dibantu oleh jurutera di taman tema terbabit. -Reuters

1706 BD PENGUNJUNG TERGANTUNG TERBALIK 2
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA