fb fb fb fb fb

Israel jadikan Gaza 'neraka di dunia' - Pegawai PBB

Bangunan runtuh di Khan Yunis dekat selatan Gaza akibat dibom zionis/AFP

NEW YORK, 17 Jun- Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths berkata bahawa pengeboman Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah menjadikan sektor yang dikepung itu sebagai neraka di dunia.

Griffiths berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang berada di ambang kebuluran adalah hampir mustahil, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Beliau menyatakan infrastruktur di Gaza telah mengalami kerosakan yang teruk dan terdapat pempolitikan bantuan di tengah-tengah penularan kelaparan dan penyakit dalam kalangan orang awam.

Griffiths juga menegaskan bahawa petugas kemanusiaan dan PBB di Gaza telah terbunuh dalam jumlah yang tidak munasabah.

Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan PBB itu berkata senjata terus memasuki Israel dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain walaupun terdapat kesan dahsyat serangan terhadap orang awam di Gaza. -BERNAMA-WAFA

SITI AISHAH MD ISA