fb fb fb fb fb

Pengiran Muda Abdul Mateen bakal berkahwin Januari 2024

(Potret rasmi Pengiran Muda Abdul Mateen dan Dayang Anisha)

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Oktober- Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam awal tahun depan.

Putera Mateen, 32, adalah anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Pengantin perempuan pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024.

Majlis akad nikah pasangan ini dijadual berlangsung pada 11 Januari.

Acara puncak istiadat perkahwinan selama 10 hari ini merupakan Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Pasangan diraja ini kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam 15 Januari.


(FOTO FB Prince Mateen Fan)

Media Baharu