fb fb fb fb fb

60 terbunuh dalam serangan dron ke atas Akademi Tentera Syria

SYRIA, 8 Oktober - Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam serangan dron ke atas akademi tentera di Syria, kata seorang pemantau perang dan sumber keselamatan.

Akademi itu diserang beberapa minit selepas Menteri Pertahanan Syria meninggalkan majlis graduasi.

Video yang diperoleh Reuters menunjukkan mayat bergelimpagan dan kesan darah di tempat kejadian dengan mangsa lengkap berpakaian seragam tentera.

Orang awam dan anggota tentera terbunuh dalam serangan ke atas akademi tentera di wilayah tengah Homs, kata kementerian pertahanan Syria dalam satu kenyataan, sambil menambah kumpulan "pengganas" telah menggunakan dron untuk melakukannya.

Kenyataan itu tidak menyatakan organisasi, dan tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Menteri pertahanan Syria menghadiri majlis graduasi tetapi meninggalkan beberapa minit sebelum serangan, menurut sumber keselamatan Syria dan sumber keselamatan.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, sekurang-kurangnya 78 orang terbunuh dan lebih 140 cedera.

Konflik Syria bermula dengan bantahan terhadap Presiden Bashar al-Assad pada 2011 tetapi berlanjutan sehingga perang yang telah menyebabkan ratusan ribu terkorban dan jutaan orang kehilangan tempat tinggal.

Tentera Syria telah diserang dan bergantung kepada sokongan ketenteraan dari Rusia dan Iran serta pejuang yang disokong Tehran dari Lubnan, Iraq dan negara lain.

Assad memperoleh semula sebahagian besar negara, tetapi kawasan di utara sempadan dengan Turkiye masih dikuasi kumpulan pembangkang bersenjata. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu