fb fb fb fb fb

Vaksin cacar monyet Jynneos, Imvanex terbukti berkesan

(Ahli farmasi Uchita Parikh menyediakan satu doa vaksin cacar monyet Jynneos di
klinik yang dibuka oleh Jabatan Kesihatan Awam Daerah Los Angeles pada 3 Ogos 2022/AFP)

PARIS, 4 Ogos- Penggunaan vaksin cacar monyet Jynneos dan Imvanex adalah terbukti berkesan.

Ketua Unit Virus dan Imuniti, Institut Pasteur Perancis, Olivier Schwartz berkata tahap perlindungannya mencapai kadar 85 peratus.

Jelas beliau, protein virus untuk cacar monyet dan cacar adalah 90 hingga 95 peratus sepadan.

Ini kerana kedua-dua virus adalah sebahagian daripada keluarga orthopoxvirus.

Justeru tindakan menggunakan vaksin tersebut adalah satu strategi yang betul.

"Jadi menggunakan vaksin yang sangat serupa untuk menghalangnya adalah strategi yang terbukti," kata Schwartz.

Vaksin itu kini dipasarkan di Amerika Syarikat dan Eropah.-AFP

(Kakitangan perubatan menyediakan dos vaksin Imvanex yang digunakan untuk melindungi
daripada virus cacar monyet di tapak vaksinasi di Paris pada 3 Ogos 2022/AFP)

Media Baharu