fb fb fb fb fb

Pengawal keselamatan UK diekstradisi dari Jerman atas tuduhan menjadi pengintip Rusia

LONDON, 7 April - Seorang pengawal keselamatan Kedutaan Britain di Berlin diekstradisi dari Jerman untuk menghadapi tuduhan mengintip bagi pihak Rusia, kata pihak berkuasa United Kingdom (UK).

Susulan penahanannya oleh polis Jerman pada Ogos, David Smith, 57, telah diterbangkan kembali ke Britain untuk menjawab sembilan pertuduhan bawah Akta Rahsia Rasmi.

(Smith bekerja sebagai pengawal keselamatan di kedutaan British di Berlin)

"Sembilan pertuduhan itu berkaitan dengan pengumpulan dan komunikasi maklumat yang berguna kepada negara Rusia," kata Polis Metropolitan London.

Menurut pendakwa raya Jerman, Smith menerima jumlah wang tunai yang tidak ditentukan sebagai balasan untuk menyerah dokumen rasmi kepada wakil risikan Rusia.

Penahanannya adalah hasil operasi bersama oleh polis British dengan polis Jerman.

Smith dijangka hadir di mahkamah majistret London pada Khamis.

Berikutan pencerobohan Rusia di Ukraine, beberapa anggota Kesatuan Eropah termasuk Jerman minggu ini mengusir lebih 200 diplomat dan kakitangan kedutaan Rusia. -AFP

 

Media Baharu