fb fb fb fb fb

Pengasas Pesta Buku Antarabangsa Guadalajara mati bunuh diri

(Presiden dan pengasas Pesta Buku Antarabangsa Guadalajara, Raul Padilla)

GUADALAJARA, 4 Mac- Presiden dan pengasas Pesta Buku Antarabangsa Guadalajara di Mexico, yang dianggap sebagai salah satu acara sastera terkemuka dunia, ditemui mati Ahad kerana membunuh diri.

Mayat Raul Padilla, 68, ditemui di rumahnya di Guadalajara bersama sepucuk pistol dan nota, kata pendakwa raya di negeri Jalisco.

Gabenor Jalisco Enrique Alfaro dalam hantaran Twitternya berkata dia telah dimaklumkan yang Padilla "membunuh dirinya sendiri di rumahnya."

Padilla mengasaskan pesta buku pada tahun 1987, dan telah bertahun-tahun berjaya menarik penyertaan penulis terkenal dari Amerika Latin dan seluruh dunia.

Dia adalah pengkritik keras Presiden berhaluan kiri Andres Manuel Lopez Obrador, yang telah memboikot pesta buku itu.

Pada November, presiden mengecam acara itu sebagai "forum konservatif. Semua golongan intelektual pergi ke sana untuk mengkritik kami." Komen Lopez Obrador dibuat selepas seorang ahli partinya dicemuh di pameran itu kerana mempertahankan dasar presiden.-AFP


(Presiden dan pengasas Pesta Buku Antarabangsa Guadalajara, Raul Padilla)

Media Baharu