fb fb fb fb fb

Penerbangan lewat lima jam, penumpang Vietnam dapat bayaran balik

(FOTO REUTERS)

HANOI, 25 Julai - Syarikat penerbangan di Vietnam perlu membuat bayaran balik kepada penumpang sekiranya penerbangan mereka tertunda selama lima jam atau lebih.

Perkara itu tertakluk di bawah peraturan baharu membabitkan pembayaran keseluruhan harga tiket yang dijangka berkuatkuasa satu September depan.

Menurut Kementerian Pengangkutan negara itu, bagi penerbangan yang ditunda selama dua jam atau lebih, syarikat penerbangan perlu menawarkan perubahan jadual penerbangan yang sesuai kepada penumpang.

Di bawah peraturan baharu itu juga, syarikat penerbangan perlu mengecualikan sebarang syarat mengenai perubahan jadual perjalanan atau pertukaran penerbangan dan surcaj yang berkaitan.

Bagi tiket yang tidak digunakan sepenuhnya, jumlah bayaran balik akan sama dengan tambang tiket yang dibayar penumpang.-BERNAMA


(FOTO REUTERS)

Media Baharu