fb fb fb fb fb

Menteri Luar China dipecat

(FOTO AFP)

BEIJING, 25 Julai - Menteri Luar China, Qin Gang telah dilucutkan daripada jawatannya pada Selasa lapor media tempatan selepas tidak kelihatan mahupun membuat kemunculan di khalayak umum sejak akhir Jun lalu.

"Qin Gang telah disingkirkan daripada jawatan menteri luar.

"Badan perundangan tertinggi China mengundi untuk melantik Wang Yi sebagai menteri luar",kata media kerajaan Xinhua.

Laporan berkenaan tidak memberikan alasan terhadap penyingkiran Qin, sebaliknya memaklumkan Presiden Xi Jinping telah menandatangani perintah untuk menggubal keputusan tersebut.

Sebelum ini, kerajaan China menutup mulut mengenai nasib Qin, yang tidak kelihatan di khalayak ramai sejak 25 Jun ketika dia bertemu timbalan menteri luar Rusia Andrey Rudenko di Beijing.

Ketiadaan Qin, mencetuskan spekulasi bahawa dia telah disingkirkan daripada jawatan atau berada dalam siasatan rasmi.

Tugas Qin baru-baru ini telah diambil alih oleh diplomat tertinggi China Wang, yang mengetuai dasar luar Parti Komunis dan mengatasi Qin dalam hierarki kerajaan.

Qin telah menggantikan Wang sebagai menteri luar pada Disember tahun lalu.-AFP


(Menteri Luar China, Qin Gang/FOTO AFP)

Media Baharu