fb fb fb fb fb

Lapangan terbang Sicily ditutup akibat kebakaran hutan dan cuaca ekstrem

MILAN, 25 Julai - Lapangan terbang Palermo di Sicily Itali ditutup susulan kebakaran hutan dan cuaca ekstrem yang melanda negara itu.

Ribut teruk menyebabkan kerosakan dan mengakibatkan dua kematian di utara negara itu.

Anggota bomba berusaha untuk memadamkan kebakaran besar di kawasan berhampiran yang turut mengganggu lalu lintas.

Gelombang haba telah melanda selatan Eropah, dengan suhu terik yang membawa peningkatan risiko kebakaran dan kematian.

Di beberapa bahagian timur Sicily, suhu meningkat kepada 47.6 Celsius pada Isnin, menghampiri rekod tertinggi Eropah iaitu 48.8 Celsius yang direkodkan di pulau itu dua tahun lalu.

Itali antara negara Eropah yang paling terjejas oleh perubahan iklim, dan mengalami banjir maut pada bulan Mei-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu