fb fb fb fb fb

MFP tak sertai kerajaan gabungan Thailand

(FOTO REUTERS)

BANGKOK, 25 Julai - Parti Move Forward (MFP) tidak akan menyertai kerajaan bersama Parti United Thai Nation atau Palang Pracharath.

MFP mencapai kata putus selepas mengadakan perbincangan dengan Ahli Parlimen berhubung situasi politik semasa dan kedudukan parti itu dalam kerajaan.

Parti berkenaan mendakwa bekas anggota utama United Thai Nation, Jeneral Prayut Chan-o-cha dan ketua Palang Pracharath, Jen Prawit Wongsuwan, mengetuai rampasan kuasa pada 2014 dan mahu kekal berkuasa untuk meluluskan Perlembagaan 2017.

Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha baru-baru ini mengumumkan akan berhenti daripada politik dan meletak jawatan daripada parti United Thai Nation.

Keputusan pilihan raya umum Mei lalu, menyaksikan MFP memenangi lebih banyak kerusi dewan, berbanding parti lain diikuti Pheu Thai.

MFP bagaimanapun menarik diri daripada membentuk kerajaan selepas pemimpinnya Pita Limjaroenrat, yang juga calon Perdana Menteri, tidak mendapat undi Parlimen yang mencukupi.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu