fb fb fb fb fb

Penduduk terkandas banjir diselamatkan di utara Itali

FORLI, 21 Mei - Pihak berkuasa Itali bergegas memindahkan penduduk yang terkandas dalam kejadian banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat di wilayah Emilia-Romagna utara negara itu, pada Khamis lalu.

Menteri Perlindungan Awam Nello Musumeci berkata, beberapa kawasan menerima separuh daripada purata hujan tahunan dalam masa hanya 36 jam, menyebabkan tebih sungai pecah yang menenggelamkan beribu-ribu ekar tanah ladang.

Acara Grand Prix Formula 1 di Imola terpaksa dibatalkan memandangkan kawasan sekitarnya terjejas teruk akibat kejadian itu.

Pihak berkuasa berkata banjir berlaku di 37 bandar dan kira-kira 120 tanah runtuh direkodkan.

(FOTO REUTERS)

Sekurang-kurangnya sebuah jambatan, berhampiran bandar Bologna runtuh, beberapa jalan raya terjejas akibat banjir dan banyak perkhidmatan kereta api tergendala. - REUTERS

Media Baharu