fb fb fb fb fb

Menteri dalam negeri UK dikritik salah guna kuasa

(Rishi Sunak berucap semasa sidang media selepas Sidang Kemuncak Pemimpin G7/ AFP)

LONDON, 21 Mei- Perdana Menteri UK Rishi Sunak pada Ahad berdepan soalan mengenai Menteri Dalam Negeri, Suella Braverman selepas laporan beliau meminta penjawat awam mengatur kursus penalti pemanduannya kerana memandu laju dilakukan secara tertutup.

Sunak berkata beliau tidak mengetahui "butiran penuh" kes itu tetapi jurucakap pejabat Downing Street kemudian berkata beliau "sudah tentu" mempunyai keyakinan terhadap menteri kontroversinya.

The Sunday Times melaporkan bahawa Braverman meminta pegawai Jabatan Dalam Negeri supaya membantu menyediakan kursus kesedaran pemanduan "khusus satu sama satu" selepas beliau ditahan memandu laju tahun lepas. Permintaannya ditolak.

Parti Buruh pembangkang berkata Braverman mungkin telah melanggar kod menteri, yang boleh memaksanya meletak jawatan, kerana meminta perkhidmatan penjawat awam membantu menangani masalah peribadi.

Braverman, yang retorik kerasnya mengenai imigresen sering menimbulkan kontroversi, masih belum menjawab dakwaan itu.

Tetapi jurucakapnya berkata: "Puan Braverman mengaku bahawa beliau memandu laju musim panas lalu dan menyesal melakukannya. Beliau juga menerima denda tiga mata demerit dan membayar denda tahun lalu." -AFP

(Rishi Sunak menghadiri sidang akhbar selepas sidang kemuncak pemimpin G7 di Hiroshima
/AFP)

 

Media Baharu