(Peti undi di sebuah gudang di Thessaloniki, Greece, 17 Mei 2023/AFP)
ATHENS, 21 Mei- Lima orang telah ditangkap di utara Greece atas tuduhan penipuan pilihan raya menjelang pilihan raya umum negara itu, lapor Agensi Berita Athens Ahad.
Menurut Direktorat Polis Wilayah Am Thessaly, tangkapan berlaku lewat Sabtu, dengan pegawai merampas 197 kad pengenalan, pasport, dua salinan kad pengenalan dan satu beg dengan 114 sampul surat tertutup, masing-masing mengandungi kad calon pilihan raya parlimen dan lima kertas undi dengan nama calon sudah ditanda.
Semua barang bukti itu ditemukan dalam sebuah kereta milik salah seorang suspek.
Wang tunai berjumlah 6,060 euro juga ditemukan bersama dua daripada mereka yang ditahan.
Agensi Berita Athens melaporkan bahawa siasatan telah mendedahkan bukti percubaan membeli undi.
Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis berhasrat untuk dipilih semula dalam pilihan raya umum Ahad.
Pesaing utamanya ialah bekas perdana menteri berhaluan kiri Alexis Tsipras. -AFP
(Kyriakos Mitsotakis mengundi di pusat pengundian semasa pilihan raya umum di Athens/AFP)