fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas akibat cuaca panas melampau

FOTO REUTERS

INDIA, 2 Mei - Penduduk India bergelut dengan cuaca terlalu panas yang memberi kesan terhadap kehidupan seharian penduduk negara itu.

India Timur pada April merekodkan suhu paling panas dalam tempoh 15 tahun, diikuti pantai Odisha dengan keadaan haba paling teruk dalam tempoh sembilan tahun.

"Walaupun usaha kami untuk menyejukkan diri dengan mencurahkan air ke atas diri kami, dan ke atas tanah, tiada apa yang berhasil. Kami dapat merasakan wap naik dari tanah," kata penduduk tempatan Bharti Das di luar rumahnya di kawasan setinggan Kolkata.

"Walaupun mempunyai tiga kipas, kami hampir tidak dapat bertahan dalam musim panas ini. Suhu telah meningkat sehingga sukar untuk tinggal di dalam rumah. Kami perlu melangkah keluar untuk berehat."kata penduduk Slum, Priyanka Adhikari.

"Kami bergelut kerana panas. Walaupun kami berusaha untuk mengekalkan kesejukan dengan mencurahkan air ke atas tubuh kami dan ke atas tanah, tiada apa yang berhasil. Kami dapat merasakan wap naik dari tanah," kata Bharti Das.

Pejabat cuaca berkata hujan pada bulan Mei berkemungkinan normal dan ia menjangkakan lebih banyak hujan pada separuh kedua musim tengkujuh pada bulan Ogos dan September berbanding Jun dan Julai disebabkan corak iklim La Nina, yang biasanya membawa hujan yang lebih tinggi kepada India.

"Keadaan gelombang haba yang teruk berterusan sejak 15 April, ia berterusan. Odisha dari ke-15, Bengal dari ke-17, dan terburuk di Bengal, Gangetic West Bengal," kata Saintis Jabatan Meteorologi India, Soam Sen. - REUTERS

TETITIA YUSOFF