SANTIAGO, 3 Mei- Sebanyak 70 peratus wartawan alam sekitar dari 129 negara mengalami serangan, ancaman atau tekanan yang berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay berkata lebih 900 wartawan disoal siasat menerusi tinjauan UNESCO pada Mac lalu itu.
"Sekurang-kurangnya 749 wartawan dan media berita yang melaporkan isu alam sekitar menjadi sasaran pembunuhan, keganasan fizikal, penahanan dan penangkapan, gangguan dalam talian atau serangan undang-undang antara 2009 hingga 2023," kata Azoulay menerusi kenyataan.
Tambahnya, lebih 300 daripada serangan itu berlaku antara 2019 hingga 2023.
Jumlah berkenaan meningkat 42 peratus berbanding tempoh lima tahun sebelum ini.- AFP