fb fb fb fb fb

Penduduk selatan Perancis berlindung daripada gelombang haba

Foto Reuters

PERPIGNAN, 29 Jun- Gelombang haba yang melanda selatan Perancis pada Sabtu mendesak penduduk di kawasan berkenaan mencari tempat berlindung daripada terik Matahari.

Situasi itu dijangka akan berlarutan selama beberapa hari.

Di bandar Perpignan, suhu melonjak sehingga 40 darjah Celsius pada petang Sabtu, menyebabkan taman-taman awam lengang.

Sementara itu, di kawasan Roussillon, suhu telah mencecah 36 darjah Celsius seawal pertengahan pagi.

Gelombang haba dijangka terus memuncak di seluruh Perancis pada Ahad sebelum mencapai tahap tertinggi pada Isnin (30 Jun), dengan sesetengah kawasan diramalkan merekodkan suhu setinggi 40 darjah Celsius.

Di Paris, agensi ramalan cuaca Meteo France menjangkakan suhu akan mencecah 38 darjah Celsius pada Isnin.

Setakat ini, sebanyak 73 jabatan di Perancis telah diletakkan dalam amaran jingga, tahap kedua tertinggi bagi gelombang haba pada Ahad.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM