fb fb fb fb fb

Penduduk Gaza terus diserang ketika menunggu bantuan

Foto VIORY

GAZA, 31 Julai - Penduduk Gaza pada Khamis menghadiri majlis pengebumian beberapa warga Palestin yang dilaporkan terkorban akibat serangan oleh tentera Israel.

Mangsa dilaporkan sedang menunggu bantuan kemanusiaan yang sepatutnya tiba di kawasan itu ketika serangan berlaku.

Media tempatan melaporkan bahawa seramai 21 warga Palestin terbunuh akibat serangan udara dan tembakan tentera Israel di seluruh Gaza sejak awal pagi Rabu.

Rakaman menunjukkan penduduk tempatan menangis di sisi jasad ahli keluarga mereka.

“Kami sedang kelaparan. 'Bantuan' itu hanya propaganda. Kami belum menerima apa-apa pun. Kami berarak menuju kematian demi mencari makanan untuk anak-anak, bayi dan pesakit,” kata penduduk, Ahmed Zayed.

“Apakah peranan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam semua ini? Dan di mana Trump (Donald Trump)? Bukankah kamu berjanji mahu menamatkan perang di Gaza? Cukuplah perang ini! Darah mengalir dan kanak-kanak sedang kebuluran,” tambah seorang lagi penduduk, Eid al-Attar. -VIORY

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM