fb fb fb fb fb

Penduduk di utara Portugal usaha kawal kebakaran daripada merebak

Seorang penduduk kampung Casal Do Monte di utara Portugal berusaha mengawal kebakaran daripada merebak/ Foto REUTERS

CASAL DO MONTE, 14 Ogos – Penduduk kampung Casal Do Monte di utara Portugal bertungkus-lumus cuba menghalang kebakaran hutan daripada merebak ke kawasan penempatan mereka, pada Rabu.

Kebakaran yang bermula pada Sabtu lalu di kawasan berhampiran Trancoso, kira-kira 350 kilometer timur laut Lisbon, menimbulkan kebimbangan penduduk kerana kawasan itu dikelilingi hutan yang mudah terbakar.

“Di sekeliling kami semuanya hutan, jadi kami bimbang ia akan marak dengan cepat,” kata pelancong Perancis, Cindy yang sedang bercuti di Portugal bersama pasangannya.

Menurut Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah (EFFIS), kira-kira 52,000 hektar atau 0.6 peratus daripada keluasan negara itu telah terbakar setakat tahun ini, melebihi purata bagi tempoh sama antara 2006 hingga 2024 sebanyak 10,000 hektar.

Pakar sains memberi amaran bahawa musim panas di kawasan Mediterranean yang semakin panas dan kering meningkatkan risiko kebakaran hutan, dengan keadaan vegetasi kering serta tiupan angin kencang mampu mempercepatkan penyebaran api dan mencetuskan pusaran api berbahaya. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN