fb fb fb fb fb

Penduduk Chakothi kecam ancaman India potong bekalan air

Foto Reuters

CHAKOTHI, 28 April - Penduduk Chakothi, sebuah bandar di Kashmir yang ditadbir Pakistan dan terletak di Garisan Kawalan (LoC) dengan India, pada Ahad mengecam ancaman India untuk memotong bekalan air dan memberi amaran terhadap sebarang peningkatan ketegangan yang boleh mencetuskan perang.

Krisis diplomatik terbaru antara dua negara jiran yang bersempadan itu tercetus selepas pembunuhan 26 lelaki di sebuah destinasi pelancongan popular di Kashmir yang ditadbir India pada 22 April.

Ia disifatkan serangan paling dahsyat terhadap orang awam di India sejak serangan Mumbai pada 2008.

India menyalahkan Pakistan atas serangan itu. Pakistan menafikan tanggungjawab dan menyeru supaya siasatan adil dijalankan.

Selepas serangan tersebut, India dan Pakistan melaksanakan pelbagai tindakan balas antara satu sama lain, termasuk Pakistan menutup ruang udaranya kepada syarikat penerbangan India dan India menggantung Perjanjian Air Indus 1960 yang mengawal pembahagian air dari Sungai Indus dan anak-anak sungainya.

Penduduk Chakothi, yang tinggal di kawasan strategik, menyatakan kesungguhan mempertahankan tanah mereka daripada sebarang pencerobohan dan tidak gentar dengan ancaman India untuk memotong bekalan air.

"Kami tidak takut," kata Ahmed Abbasi, seorang lagi penduduk. "Kami pernah menghadapi cabaran seperti ini sebelum ini dan tidak akan berundur." Raja Ali, seorang penduduk tempatan, turut menyuarakan sentimen yang sama dengan berkata, "Kami lebih rela mati syahid daripada menjadi beban di usia tua. Kami akan terus mara, tanpa gentar kepada kematian." penduduk Chakoti, Raja Qasim.

Chakothi, penempatan utama terakhir sebelum Garisan Kawalan yang sangat ketenteraan, sering menjadi sasaran tembakan meriam rentas sempadan semasa ketegangan antara India dan Pakistan. - REUTERS

TETITIA YUSOFF