fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Pendatang Venezuela terus memasuki sempadan AS-Mexico

MEXICO, 2 Oktober - Sekumpulan besar pendatang kebanyakannya dari Venezuela tiba di sempadan Amerika Syarikat (AS) - Mexico pada Sabtu, untuk berjumpa dengan pihak berkuasa AS dan menuntut suaka.

Mereka menyeberangi sungai Rio Grande ke El Paso dan Eagle Pass, Texas.

Beberapa minggu kebelakangan ini, sebilangan besar pendatang dari Venezuela datang ke AS dan situasi itu memberi tekanan ke atas pentadbiran Presiden AS Joe Biden.

Sementara itu, ratusan pendatang yang terkandas di dalam kereta api kargo di Mexico telah dipindahkan pada Jumaat lepas.

Kereta api barang yang dinaiki mereka berhenti secara tiba-tiba, selepas penggantungan operasi
kereta api dari arah utara demi keselamatan pendatang.

Kira-kira 60 kereta api kargo arah utara kendalian Ferromex Mexico telah dihentikan minggu lalu selepas beberapa pendatang maut dan mengalami kecederaan.

"Kami sedang menunggu mereka untuk membenarkan kami masuk. Saya harap mereka membuka pintu dan membenarkan kami masuk." kata pendatang Venezuela, Adan Nieves.

"Mereka tidak tahu bagaimana keadaan di sini. Jangan datang. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk sampai ke sini, anda perlu bertanya, kerana bukan mudah untuk sampai ke sini." pendatang Venezuela, Elvis Faneite.

"Pihak berkuasa telah memberitahu kami untuk mengosongkan kereta api untuk keselamatan kami dan meneruskan perjalanan kami dengan berjalan kaki. Kami sampai di sini, dan jalan ditutup, kami bersama-sama kanak-kanak. Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kami bukan penjenayah," pendatang Venezuela, Leidy Perez.- REUTERS