fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Lori bawa bahan toksik terbalik, penduduk diarah pindah

AMERIKA SYARIKAT, 2 Oktober - Sebuah lori membawa bahan toksik terbalik di selatan Illinois, selepas berlanggar dengan beberapa buah kenderaan lain, pada Sabtu.

Dalam kejadian itu lima maut dan lima lagi cedera parah.

Mangsa korban termasuk dua kanak-kanak dan tiga dewasa dipercayai ahli keluarganya.

Lima yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Lori itu membawa kira-kira 7,500 gelen ammonia dan anggaran awal menunjukkan 4,000 gelen telah tertumpah, menyebabkan kira-kira 500 orang dipindahkan dari kawasan itu akibat kebocoran gas ammonia, kata Agensi Perlindungan Alam Sekitar Illinois.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) berkata pihaknya akan mengadakan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

"Lori tangki itu membawa ammonia dan mula bocor selepas ia terbabas di dalam parit. Beberapa jam lepas, kami telah bekerja kerasuntuk memunggah lori tangki itu. Lewat malam tadi, pasukan hazmat telah menampal kawasan pecah kapal tangki, bagi memperlahankan kebocoran tetapi tidak menghentikannya," menurut Ketua Daerah Perlindungan Kebakaran, Tim Mcmahon.

Kebocoran gas ammonia boleh memberi kesan kepada mata, tekak, dan saluran pernafasan meskipun dalam kepekatan kecil di udara, menurut OSHA. Tahap yang sangat tinggi boleh merosakkan paru-paru. - REUTERS