fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Kes denggi di Bangladesh rekod lebih 1,000 kematian

DHAKA, 2 Oktober - Bangladesh merekodkan Lebih 1,000 orang telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini dalam wabak penyakit bawaan nyamuk yang paling teruk di negara itu.

Angka yang diperolehi menerusi agensi Perkhidmatan Kesihatan negara itu menyatakan seramai 1,006 orang telah meninggal dunia daripada 200,000 kes yang disahkan.

Bekas pengarah agensi itu, Be-Nazir Ahmed berkata jumlah kematian yang dicatatkan tahun ini lebih tinggi daripada tahun sebelumnya apabila Bangladesh merekodkan wabak denggi pertamanya.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata bulan lalu wabak itu "memberi tekanan yang besar kepada sistem kesihatan" di Bangladesh.

WHO telah memberi amaran bahawa denggi dan penyakit lain yang disebabkan oleh virus bawaan nyamuk seperti chikungunya, demam kuning dan Zika merebak dengan lebih cepat akibat perubahan iklim.-AFP