fb fb fb fb fb

Pendakwa raya Thailand tetapkan tarikh baharu kes Thaksin

Thaksin Shinawatra tiba di perkarangan keluarganya selepas dikeluarkan dari hospital polis di Bangkok/AFP

BANGKOK, 19 Februari- Pendakwa raya Thailand akan menjalankan siasatan lanjut ke atas bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra berkenaan dakwaan melanggar undang-undang fitnah diraja.

, kata mereka Isnin, sehari selepas bilionair itu dibebaskan secara parol dalam kes rasuah berasingan.

Bekas pemilik Manchester City itu adalah salah seorang tokoh dalam sejarah politik Thailand selain disayangi oleh berjuta-juta pengundi luar bandar kerana dasar populisnya. Namun perkara itu ditentang oleh pertubuhan diraja dan pro-tentera.

Thaksin dibebaskan dengan parol hanya enam bulan dalam hukuman berbanding lapan tahun untuk tuduhan rasuah. Beliau telah ditangkap Ogos lalu selepas 15 tahun berada di luar negara dan kembali ke Thailand.

Peguam negara Thailand kini "membenarkan siasatan lanjut" terhadap dakwaan ke atas lelaki berusia 74 tahun itu kerana melanggar undang-undang fitnah diraja dalam komen yang dibuatnya di Korea Selatan pada 2015, kata jurucakap pejabat peguam dalam sidang akhbar.

Pendakwa raya telah meminta Thaksin untuk hadir pada April untuk mendakwanya serta meminta lebih masa untuk menjalankan siasatan.

Thaksin menghadiri mesyuarat di pejabat peguam negara dengan kerusi roda dan bercakap dengan suara kurang didengari, menurut pengarah bahagian jenayahnya, dan ikat jamin ditetapkan pada 500,000 baht ($13,900).

Undang-undang 'les-majeste' negara itu bertujuan untuk melindungi raja daripada penghinaan, dan mereka yang melanggarnya boleh dikenakan penjara sehingga 15 tahun bagi setiap kesalahan.

Thaksin digulingkan sebagai Perdana Menteri dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa pada Ogos lalu selepas dia kembali ke Thailand.

Tetapi tempoh penjaranya disingkatkan kepada satu tahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn, dan pada Ahad dia dibebaskan dengan parol awal atas dasar kesihatan dan faktor usia.

Thaksin mungkin tertakluk kepada pemantauan, dengan alat yang dipasang di kaki serta sekatan perjalanan ke atasnya.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI