fb fb fb fb fb

Pencemaran udara semakin buruk, jerebu tebal selubungi New Delhi

Seorang lelaki menunggang basikal pada pagi yang diselubungi jerebu tebal akibat pencemaran udara yang berterusan di New Delhi, India/ REUTERS

NEW DELHI, 24 November – Jerebu tebal kembali menyelubungi New Delhi pada Isnin, dengan rakaman dron menunjukkan pemandangan Sungai Yamuna dan latar langit bandar itu kabur akibat pencemaran udara yang semakin buruk.

Menurut laporan media tempatan, Sistem Ramalan dan Penyelidikan Cuaca dan Kualiti Udara (SAFAR) melaporkan Indeks Kualiti Udara (AQI) mencecah 396, sekali lagi menempatkan bandar itu dalam kategori 'sangat buruk'.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi India menjangkakan suhu minimum akan menurun dalam tempoh dua hari akan datang, menjadikan keadaan atmosfera lebih stabil.

Setiap tahun, New Delhi dan kawasan sekitarnya berdepan episod jerebu musim sejuk akibat gabungan udara sejuk yang memerangkap pencemaran, pelepasan kenderaan, aktiviti pembinaan dan pembakaran sisa tanaman di negeri-negeri berdekatan.

Ia menjadikan bandar raya itu antara yang paling tercemar di dunia. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN