fb fb fb fb fb

Rakyat Ukraine ragu rundingan Geneva mampu akhiri perang

Foto REUTERS

KYIV, 24 November – Rakyat Ukraine menyuarakan keraguan bahawa rundingan di Geneva antara Ukraine, Amerika Syarikat (AS) dan rakan Eropah mampu membawa kepada penghujung perang dengan Rusia.

Ramai bimbang cadangan yang dibincangkan berpotensi melemahkan kedudukan Ukraine, susulan laporan awal bahawa beberapa draf termasuk kemungkinan penyerahan wilayah dan had terhadap keupayaan ketenteraan negara itu.

Walaupun ada yang mengalu-alukan penglibatan diplomasi antarabangsa, sebahagian besar rakyat meragui sebarang perjanjian mampu bertahan, merujuk kepada kegagalan rundingan terdahulu mencapai hasil yang berkekalan.

Ketua perunding Ukraine yang juga Ketua Pejabat Presiden, Andriy Yermak menyifatkan perbincangan di Geneva sebagai 'sangat produktif' dan berikrar untuk meneruskan rundingan.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy pula menegaskan bahawa Ukraine akan terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk memperkukuh cadangan AS serta memastikan kebertanggungjawaban Rusia dalam konflik tersebut. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN