COPENHAGEN, 24 April-Pencemaran udara menyebabkan lebih 1,200 kematian bayi pramatang setiap tahun di Eropah dan menyebabkan risiko penyakit kronik pada masa depan menurut agensi alam sekitar Eropah (EEA) pada Isnin.
"Tahap pencemaran udara di kebanyakan negara Eropah kekal melebihi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia" (WHO) terutamanya di Itali dan Timur Eropah" kata EFA menerusi laporan kajian merangkumi 30 negara termasuk 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU).
Kajian itu bagaimanapun tidak tidak meliputi negara perindustrian utama seperti Rusia, Ukraine dan United Kingdom dan menjangkakan jumlah kematian keseluruhan di negara-negara itu mungkin jauh lebih tinggi.
Menerusi laporan yang diumumkan EEA pada November lepas, 238,000 bayi pramatang meninggal dunia akibat pencemaran udara di Eropah termasuk di beberapa negara seperti Iceland, Liechtenstein, Norway, Switzerland dan Turkiye.
Kajian yang dilaksanakan EEA itu menfokuskan kesan pencemaran udara terhadap kanak-kanak.
"Walaupun kematian bayi pramatang adalah rendah berbanding keseluruhan populasi penduduk Eropah setiap tahun, kesan pencemaran terhadap kesihatan kanak-kanak pada masa depan adalah kritikal", kata agensi berkenaan.
Sehubungan itu, EEA menggesa pihak berkuasa agar meningkatkan kualiti udara di sekolah, pusat jagaan kanak-kanak kemudahan sukan dan dan hab pengangkutan awam bagi membendung kesan buruk pencemaran udara terhadap rakyat Eropah.
"Pencemaran udara meningkatkan risiko terhadap beberapa penyakit seperti asma, alahan dan jangkitan saluran pernafasan", tambah kajian itu lagi.
EEA pada tahun lalu menggariskan EU berada di landasan tepat bagi mengurangkan kematian bayi pramatang kepada 50 peratus menjelang 2030.-AFP
(Foto hiasan/Foto AFP)