fb fb fb fb fb

Pencarian mangsa banjir di India diteruskan

INDIA, 10 Oktober - Pasukan penyelamat India bertungkus lumus mencari dan menyelemat mangsa banjir yang masih hilang.

Sekurang-kurangnya 150 mangsa hilang selepas banjir kilat di Himalaya India minggu ini.

Kira-kira 42 orang terbunuh dalam bencana terburuk di rantau itu dalam tempoh lebih 50 tahun.

Tasik Lhonak di pergunungan timur laut Sikkim melimpah pada Rabu lalu apabila, hujan lebat dan runtuhan salji, menyebabkan banjir besar di sungai Teesta.

Ini merupakan siri terbaharu kejadian cuaca ekstrem yang telah menyebabkan kerosakan besar di Himalaya Asia Selatan, yang disebabkan perubahan iklim, menurut saintis. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu