XIAMEN, 15 Jun- Penasihat politik tertinggi China, Wang Huning, bertemu dengan wakil-wakil dari Taiwan sempena Forum Selat ke-17 yang berlangsung di Xiamen, wilayah Fujian di timur China pada Ahad.
Wang yang juga ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Parti Komunis China dan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), menyambut baik kehadiran delegasi Taiwan, termasuk bekas Pengerusi Parti Kuomintang (KMT), Ma Ying-jeou.
Beliau turut memuji usaha bersama dalam forum tersebut bagi memperkukuh pembangunan integrasi rentas selat walaupun berdepan pelbagai cabaran.
Wakil Taiwan, termasuk Ma Ying-jeou, menyatakan kesediaan untuk terus memperdalam komunikasi dan kerjasama antara kedua-dua belah selat Taiwan.
Forum Selat ke-17 yang berlangsung pada Ahad memberi tumpuan kepada usaha memperluas pertukaran antara rakyat serta memperdalam pembangunan integrasi rentas selat. Lebih 7,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat Taiwan menghadiri forum berkenaan.- REUTERS