BRUSSELS, 26 Jun- Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) tiba di Brussels bagi membincangkan isu berkaitan pertahanan, tarif perdagangan, Asia Barat dan Ukraine dalam Sidang Kemuncak Majlis Eropah.
Sidang ini berlangsung sehari selepas persidangan NATO di The Hague, dimana negara anggota bersetuju meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada 5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pemimpin EU juga dijangka menyatakan pendirian mereka kepada Suruhanjaya Eropah sama ada untuk memeterai perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat atau terus mengadakan rundingan bagi mendapatkan syarat lebih baik.
Presiden Amerika, Donald Trump memberi tempoh sehingga 9 Julai ini bagi EU mencapai perjanjian. -REUTERS