DUBAI, 18 Oktober- Serangan hospital Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 500 orang telah mencetuskan kecaman di seluruh dunia Arab, malah sekutunya juga menyalahkan Israel atas serangan itu.
Kecaman itu bertepatan dengan demonstrasi penduduk di Lubnan, Jordan, Libya, Yaman, Tunisia, Turki, Maghribi, Iran dan Tebing Barat yang diduduki Israel, dengan lebih banyak dirancang pada Rabu berikutan gesaan untuk "hari kemarahan" di seluruh rantau itu.
Rejim Israel menuduh Palestin yang bertanggungjawab ke atas serangan hospital yang meragut ratusan nyawa pada malam Selasa.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain mengutuk serangan itu adalah perbuatan Israel, disokong dengan tindakan Israel yang kini mengepung Gaza.
“Emiriah Arab Bersatu mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel mengakibatkan kematian dan kecederaan beratus-ratus orang,” kata agensi berita rasmi UAE, WAM awal hari Rabu.
Kementerian Luar Bahrain mengecam keras pengeboman Israel," kata agensi berita Bahrain.