fb fb fb fb fb

Pemandu nyaris maut, paip tembus 'sunroof' kereta di China

(Foto Reuters)

XIAMEN, 22 Julai- Seorang pemandu di China nyaris menemui ajal apabila satu paip saluran air tiba-tiba terjatuh dari jambatan dan menembusi 'sunroof' keretanya.

Kejadian berlaku di bawah jejambat di bandar sini, wilayah Fujian pada Rabu lalu.

'Sunroof' berkenaan berkecai sepenuhnya dengan paip itu terletak hanya beberapa inci daripada kepala mangsa.

Ajaibnya, dia bukan sahaja terselamat, malah tidak mengalami kecederaan walaupun paip mengenai kepalanya.

Jurucakap Pusat Kejuruteraan Perbandaran Xiamen berkata, objek yang jatuh adalah paip air plastik di bawah jejambat yang telah dilupuskan.

"Punca paip jatuh masih dalam siasatan," katanya.

Difahamkan, polis tiba di tempat kejadian untuk membantu mangsa dan membersihkan lalu lintas.

Pekerja pengurusan jalan kemudian memasang dan 'mengikat' semula paip itu ke tempat asalnya.

Setakat ini, tidak jelas sama ada mangsa akan menerima atau tidak sebarang jenis pampasan daripada pemerintah bandar atas kejadian tersebut. -Reuters

(Foto Reuters)

Media Baharu