fb fb fb fb fb

Pemandu maut, lori tangki bahan api meletup

(Foto Reuters)

FREDERICK, MARYLAND, 6 Mac- Pemandu sebuah lori tangki bahan api maut apabila kenderaan dipandunya meletup selepas merempuh sebatang pokok, di sini pada Sabtu.

Berdasarkan video dikongsi saksi, kemalangan yang berlaku turut merosakkan enam buah rumah.

Pegawai bomba sedang menyiasat punca kemalangan dan identiti pemandu masih belum didedahkan.

Polis daerah berkata satu rumah dan tiga kenderaan rosak teruk dan lima lagi rumah serta dua kenderaan mengalami kerosakan kecil.

Kebakaran berjaya dikawal dalam masa kira-kira 40 minit, lapor berita WTOP.-REUTERS

(Kemalangan yang berlaku turut merosakkan enam buah rumah/Foto Reuters)

Media Baharu