fb fb fb fb fb

Kem pelarian Rohingya terbakar 12,000 orang hilang tempat tinggal

(Foto AFP)

KUTUPALONG, 6 Mac- Kira-kira 12,000 orang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran yang berlaku di kem pelarian Rohingya di tenggara Bangladesh, pada Ahad.

Kejadian itu turut memusnahkan 2,000 tempat perlindungan. Laporan awal Kem pelarian Rohingya terbakar menyebut ratusan pelarian tinggal sehelai sepinggang.

Menurut Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh, Mijanur Rahman kem di Kutupalong itu merupakan salah satu penempatan pelarian terbesar di dunia.

"Kira-kira 2,000 tempat perlindungan terbakar, menyebabkan kira-kira 12,000 warga Myanmar yang dipindahkan secara paksa kehilangan tempat tinggal," katanya kepada AFP.

Kebakaran pukul 2.35 petang waktu tempatan itu turut memusnahkan sekurang-kurangnya 35 masjid dan 21 pusat pembelajaran.

(Kebakaran yang berlaku di kem pelarian Rohingya di tenggara Bangladesh/Foto AFP)

"Tempat perlindungan saya musnah. (Kedai saya) juga hangus," kata Mamun Johar, seorang lelaki Rohingya berusia 30 tahun.

Api berjaya dikawal dalam tempoh kurang tiga jam.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat.

Sementara itu, laporan kementerian pertahanan Bangladesh bulan lepas mengatakan bahawa antara Januari 2021 dan Disember 2022, terdapat 222 insiden kebakaran di kem Rohingya, termasuk 60 kes pembakaran.

Pada Mac 2021, dalam kebakaran yang paling teruk di kem Rohingya, sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan kira-kira 50,000 orang kehilangan tempat tinggal selepas kebakaran berlaku di seluruh blok sebuah penempatan.-AFP

Media Baharu