TOKYO, 29 Januari- Seorang pemandu lori yang terjatuh dalam lubang benam dan masih terperangkap di lokasi kejadian di persimpangan jalan wilayah, di bandar Yashio selama lebih 24 jam.
Anggota penyelamat masih berusaha untuk menyelamatkan lelaki berkenaan manakala penduduk sekitar dipindahkan kerana bimbang kebocoran paip gas.
Pekerja kecemasan di bandar Yashio di luar Tokyo bergegas ke lokasi kejadian pada pagi Selasa selepas jalan raya runtuh dan sebuah lori terjunam ke dalam lubang seluas dua buah kereta.
Pemandu itu dapat bercakap terus dengan penyelamat sehingga awal petang Selasa, namun kerja-kerja menyelamat terpaksa dihentikan sementara berikutan kawasan kejadian tidak stabil, menurut pegawai bomba.
"Operasi menyelamat masih diteruskan sepanjang masa tetapi kami tidak dapat menghubungi pemandu itu" sejak semalam.
Jurucakap bomba memaklumkan bahawa pemandu berkenaan dipercayai berusia 70-an.
Jurucakap itu berkata bahawa satu lagi lubang benam telah dibuka berhampiran, dan penduduk dalam radius 200 meter (650 kaki) telah dipindahkan.
Menerusi rakaman udara menunjukkan lubang benam kedua lebih besar berbanding yang pertama, dan jarak dari lubang benam pertama hanya beberapa meter.
Badan utama lori itu ditarik dari lubang benam pertama kira-kira pukul 1.00 pagi, kata jurucakap itu.
Tetapi kabin pemandu masih berada di dalam lubang, dianggarkan kira-kira 10 meter lebar dan enam meter dalam (33 kaki kali 20 kaki).- AFP