PRAYAGRAJ, 29 Januari- Rempuhan pada festival keagamaan Kumbh Mela di sini mengorbankan sekurang-kurangnya 15 individu dengan lebih ramai lagi cedera, menurut seorang doktor pada festival itu.
"Sekurang-kurangnya 15 individu meninggal dunia buat masa ini, manakala yang lain sedang mendapatkan rawatan," kata seorang doktor yang tidak mahu dikenali.
Pasukan penyelamat memindahkan mangsa yang juga merupakan peserta festival dari tempat kejadian.
Ramai peserta pada festival keagamaan Kumbh Mela maut disebabkan semua yang berada di lokasi saling tolak-menolak.
Pegawai kerajaan tempatan Akanksha Rana memberitahu agensi berita Press Trust of India (PTI) bahawa rempuhan bermula selepas halangan kawalan orang ramai "musnah" akibat rempuhan peserta.
Perayaan selama enam minggu itu merupakan peristiwa penting dalam kalendar agama Hindu, dan berjuta-juta individu dijangka hadir pada Rabu untuk upacara mandi di pertemuan sungai Gangga dan Yamuna.- AFP