fb fb fb fb fb

OpenAI akan bekerjasama dengan AS lindung teknologi

Logo OpenAI/ Reuters

AMERIKA SYARIKAT, 29 Januari- Pencipta ChatGPT OpenAI akan terus bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan sentiasa berjaga-jaga dalam melindungi alamat IP setiap model dihasilkan.

Perkara berkenaan termasuk memberi perhatian kepada firma China yang "sentiasa" memanfaatkan teknologi untuk menambah baik model kecerdasan buatan (AI) negara tembok besar itu.

"Sebagai peneraju pembina AI, kami terlibat untuk melindungi alamat IP kami, termasuk proses keupayaan sempadan dalam model yang dikeluarkan.

"Kami akan meneruskan usaha ini dengan bekerjasama rapat dengan kerajaan AS untuk melindungi setiap model dihasilkan," menurut OpenAI dalam satu kenyataan.

OpenAI membuat komen itu selepas White House berkata ia sedang menilai kebimbangan keselamatan negara berikutan kewujudan syarikat DeepSeek dari China.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI