fb fb fb fb fb

Roket 'salvo' sasar pangkalan tentera Israel di Safed

Asap tebal kelihatan di kawasan yang dijajah Israel di Rosh Pina selepas roket dilancarkan dari selatan Lubnan hari ini/AFP

BEIRUT, 20 Oktober- Kumpulan Hezbollah di Lubnan hari ini melancarkan roket ke atas pangkalan tentera Israel di timur bandar Safed, sebagai tindak balas terhadap serangan rejim Zionis atas kampung dan rumah penduduk di Lubnan.

Hezbollah menyatakan mereka telah melancarkan "salvo roket besar" ke pangkalan tentera tersebut.

Dalam insiden lain, tentera Lubnan mengesahkan tiga anggotanya terbunuh dalam serangan Israel yang menyasarkan kenderaan mereka di selatan negara itu. Ia berlaku di sebuah jalan menghubungkan kampung Ain Ebel dengan bandar Hanin.

Ini menjadikan jumlah tentera Lubnan yang terbunuh kepada lapan orang sejak perang besar meletus antara Israel dan Hezbollah, bulan lepas.

Menyusuli laporan serangan itu, Hezbollah turut mengesahkan pihaknya telah menyerang tentera Israel di dua kampung sempadan Lubnan, iaitu pinggir kampung Markaba dan barat kampung Adaisseh, hampir tiga minggu selepas Israel mengumumkan pencerobohan darat di Lubnan. -AFP

SITI AISHAH MD ISA