FOTO REUTERS
KHARKIV, 23 Februari- Pelajar di Kharkiv, timur Ukraine sedang membuat persediaan menghadapi serengan tentera Rusia.
Ini termasuklah belajar mengenai baju kalis pelur dan bahan letupan, selain raptai latihan menyelamatkan diri.
Pakar pertahanan awam, Oleksandr Shevchuk, berkata pihaknya juga sedang melatih kanak-kanak membiasakan diri dengan persediaan itu.
"Kami mahu mengelakkan kanak-kanak tercedera atau terbunuh dalam keadaan perang,
"Untuk itu biar mereka mencuba uniform, ves kalis peluru dan topi kami, menunjukkan kepada mereka bahan letupan supaya mereka tahu apa perlu dilakukan jika berdepan senario perang," katanya.
Bandar Kharkiv di bawah kawalan kerajaan Ukraine menempatkan kilang membuat kereta perisai, meriam, pesawat dan traktor itu terletak 40 kilometer (km) dari sempadan Rusia.
Kawasan itu juga dikenal pasti sebagai antara sasaran awal utama Russia oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, meskipun jurucakapnya mendakwa ia hanya satu andaian.
Rusia pula setakat ini menafikan hasrat menyerang Ukraine, namun pihak berkuasa enggan memandang remeh ancaman berkenaan.
Antaranya termasuk tindakan Moscow menandatangani dua dekri mengiktiraf Republik Rakyat Lugansk (LPR) dan Republik Rakyat Donetsk (DPR) sebagai negara merdeka yang berdaulat. -REUTERS