fb fb fb fb fb

Pelajar 14 tahun tembak mati empat individu

Foto AFP

WINDER, 5 September- Seorang pelajar berusia 14 tahun telah menembak mati sekurang-kurangnya empat individu di sebuah sekolah menengah di Georgia, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Menurut pihak berkuasa, insiden turut menyebabkan sembilan lagi individu mengalami kecederaan.

"Dua pelajar dan dua guru terkorban dalam insiden tersebut," menurut kenyataan itu.

Suspek yang turut bersekolah di sekolah terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara menurut Biro Siasatan Georgia, suspek akan didakwa dengan tuduhan membunuh dan akan dibicarakan sebagai orang dewasa.

Dalam pada itu, sheriff daerah, Jud Smith berkata pegawai penguat kuasa yang ditugaskan di sekolah-sekolah AS telah menahan remaja berkenaan.

"Penembak (suspek) itu cepat menyedari bahawa jika dia tidak menyerah diri, ia akan berakhir dengan OIS (tembakan melibatkan pegawai).

"Dia (suspek) menyerah, baring di tanah, dan timbalan sheriff menahannya," katanya.

Punca tembakan itu masih dalam siasatan. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM