KAHERAH, 5 September- Tiada keperluan untuk cadangan baharu gencatan senjata di Gaza.
Namun, menurut Hamas, tekanan terhadap Israel diperlukan untuk menerima cadangan dari Amerika Syarikat (AS).
Ini berlaku ketika AS dijangka akan mengemukakan cadangan baharu yang bertujuan untuk menutup jurang antara Hamas dan Israel.
"Keputusan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk tidak menarik diri dari Koridor Philadelphi bertujuan untuk menggagalkan perjanjian.
"Kami memberi amaran agar tidak terperangkap dalam tipu muslihat Netanyahu yang menggunakan rundingan untuk memanjangkan tempoh serangan terhadap rakyat kami," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Hamas memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima cadangan yang dikemukakan AS pada 2 Julai lalu. - REUTERS