fb fb fb fb fb

Pekerja di bandar Los Angeles lancar mogok sehari

(FOTO REUTERS)

LOS ANGELES, 9 Ogos - Lebih 11,000 pekerja di bandar di Los Angeles, iaitu bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat, melancarkan mogok pada Selasa, lapor Xinhua.

Persatuan Pekerja Perkhidmatan Antarabangsa (SEIU) Local 721, kesatuan sektor awam terbesar di California Selatan menerusi catatan di Facebook bahawa mereka melancarkan mogok sehari berhubung “amalan buruh yang tidak adil".

"Kami enggan menerima tawaran yang tidak jujur LA City dan pelanggaran undang-undang buruh berulang kali. Kami melancarkan mogok hari ini untuk menuntut penghormatan dan memperjuangkan maruah kami," kata kesatuan itu.

SEIU Local 721, yang mewakili lebih 95,000 pekerja di California Selatan, memaklumkan bahawa ahlinya termasuk individu yang bekerja di hospital, penjagaan anak angkat, kesihatan mental, mahkamah, penguatkuasaan undang-undang, perpustakaan, perkhidmatan jalan raya, penyelenggaraan pantai, sanitasi, rawatan air, perkhidmatan taman, dan pengurusan sumber air.

Mogok ini dijangka mengganggu perkhidmatan awam besar dan kecil,  lapor Los Angeles Times,

Bagaimanapun, Datuk Bandar Los Angeles Karen Bass menegaskan dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa "bandar Los Angeles tidak akan terjejas".

"Pejabat saya sedang melaksanakan pelan untuk memastikan operasi kecemasan keselamatan awam atau perumahan dan gelandangan tidak terjejas oleh tindakan ini. Seperti yang saya katakan, bandar ini akan sentiasa bersedia untuk membuat kemajuan dengan SEIU 721 dan kami akan kami akan terus berunding dengan niat baik," katanya.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Amerika Syarikat telah mengalami peningkatan luar biasa dalam aktiviti kesatuan dan mogok, di mana pekerja dalam pelbagai industri bertindak sendiri.- BERNAMA




(Pekerja majlis perbandaran Los Angeles di Amerika Syarikat (AS) menyertai mogok sehari di hadapan bangunan
Majlis Perbandaran Los Angeles/ AFP)

 

Media Baharu