fb fb fb fb fb

Gudang buku Zhuozhou alami kerugian besar akibat banjir

ZHUOZHOU, 9 Ogos - Pekerja gudang buku bertungkus lumus menyusun timbunan buku-buku yang rosak dalam kejadian banjir akibat Taufan Doksuri, di sini.

Puan Wu, yang bekerja di gudang itu, memberitahu Reuters, pekerja berasa sedih atas kerosakan besar yang berlaku.

Hasil kerja mereka bertahun-tahun musnah sekelip mata.

Zhuozhou merupakan hab utama industri penerbitan China, bagaimanapun ia kini menjadi 'lautan buku terapung' selepas bandar itu dilanda banjir besar, dengan anggaran kerugian mencecah jutaan.

BooksChina.com, sebuah kedai buku dalam talian, berkata minggu lalu lebih empat juta buku disimpan di sebuah gudang yang dinaiki air dan kakitangannya sedang menunggu pekerja penyelamat di tingkat empat. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu