fb fb fb fb fb

33 kematian akibat hujan ribut di Beijing

(Foto fail AFP)

BEIJING, 9 Ogos- 33 orang disahkan maut, manakala 18 lagi masih hilang dalam kejadian hujan ribut di Beijing, menurut pegawai pada Rabu.

Jumlah itu hampir tiga kali ganda angka yang diberikan, Selasa lalu.

Ibu negara China dilanda hujan lebat beberapa minggu lalu, merosakkan infrastruktur dan membanjiri kawasan pinggir bandar dan sekitarnya.

Naib Datuk Bandar Beijing, Xia Linmao dalam sidang akhbar yang disiar CCTV turut merakam ucapan takziah.

"Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada mereka yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas dan mangsa yang maut akibat bencana itu," kata Xia.

(Kereta rosak selepas hujan lebat melanda
daerah Mentougou, di Beijing pada 1 Ogos 2023/Foto AFP)

Dalam pada itu, laporan Kementerian Pengurusan Kecemasan menyebut, sebilangan besar meninggal dunia dalam banjir di seluruh utara China, dengan Beijing menyatakan 147 kematian atau kehilangan bulan lepas disebabkan oleh bencana alam.

"Daripada jumlah itu, 142 disebabkan oleh banjir atau bencana geologi," menurutnya.

Sementara itu, di wilayah Hebei, yang berjiran dengan Beijing, 15 dilaporkan meninggal dunia dan 22 hilang.

Manakala di timur laut Jilin, 14 maut dan seorang dilaporkan hilang pada Ahad.-AFP

Media Baharu